Carian
Sandaran WhatsApp Kini Boleh Dilakukan Menggunakan Huawei Mobile Cloud
June 12, 2020 Effi Saharudin

Secara lazimnya sandaran data WhatsApp pada peranti Android dilakukan menerusi Google Drive. Tetapi dengan Huawei kini dihalang dari menggunakan teknologi Google, pengguna peranti mereka mempunyai dilema di kesemua data perbuatan, gambar dan video boleh disimpan. Kini Huawei akhirnya membenarkan sandaran WhatsApp dilakukan menggunakan Huawei Mobile Cloud.

Pengguna peranti Huawei hanya perlu log masuk ke akaun Huawei Cloud menerusi skrin tetapan dan memilih untuk melakukan sandaran menerusi pautan Cloud yang diberikan. Kemudian pergi ke Cloud Backup > Backup Options > App Data > aktifkan sandaran WhatsApp. Sandaran data aplikasi ini turut disokong untuk aplikasi lain seperti Facebook, WeChat, Telegram, Weibo dan Messenger.

Ciri ini boleh digunakan oleh kesemua pengguna peranti Huawei yang menggunakan HMS dan juga GMS, Satu-satunya kekurangan ialah anda masih tidak boleh mengembalikan semula sandaran log perbualan WhatsApp yang dilakukan di Google Drive sebelum ini pada peranti yang hanya menyokong HMS seperti Mate 30 danP40. Maka sandaran yang anda lakukan adalah sandaran baru.

Komen