Tidak dinafikan, WhatsApp memang sering hadir dengan fungsi-fungsi baru bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini. Terbaru, WhatsApp dilihat sedang menguji fungsi baru dalam memudahkan pengguna iaitu pilihan carian mesej mengikut tarikh.
Fungsi ini membolehkan pengguna untuk mencari mesej daripada tarikh tertentu. Melaluinya, pengguna hanya perlu klik pada ikon kalendar yang tersedia pada papan kekunci dan pilihan tarikh akan muncul mengikut bulan, tarikh serta tahun. Ini bermaksud, ia akan membuatkan proses pencarian mesej-mesej lama menjadi lebih mudah dan cepat.
Pun begitu, ciri ini dikatakan masih lagi dalam pembangunan dan akan menerima beberapa penambah-baikan sebelum dilancarkan bagi versi penuh. Buat masa ini belum diketahui bilakah WhatsApp akan memperkenalkan ciri tersebut, tapi ini semestinya merupakan salah satu ciri yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.