WhatsApp Dijangka Bakal Menawarkan Sokongan Menggunakan Akaun Sama Di Multi-Peranti

WhatsApp Dijangka Bakal Menawarkan Sokongan Menggunakan Akaun Sama Di Multi-Peranti

Diterbitkan pada June 12, 2020 oleh .

Salah satu perkara yang tidak disukai ramai pada WhatsApp adalah penggunaan akaun yang terhad pada satu peranti pada sesuatu masa – selain penggunaan pada versi web atau desktop. Apa pun, dengan trend pengguna mempunyai lebih daripada satu peranti, kini ia dilihat WhatsApp sedang membangunkan ciri multi-peranti untuk perkhidmatan sembang mereka.

Melalui versi ujian pembangunan awal, WhatsApp dilihat mungkin membolehkan anda menggunakan akaun WhatsApp sama pada sehingga 4 peranti pada sesuatu masa.

Ini sekaligus akan memudahkan anda menggunakan akaun WhatsApp pada telefon berbeza, secara serentak – sekaligus memudahkan anda kekal berhubung dengan rakan-rakan lain.

Buat masa ini, perkhidmatan permesejan lain seperti Telegram sedia menawarkan ciri multi-peranti, tetapi tidak untuk WhatsApp.



TIPS & ULASAN