Samsung Galaxy Tab S7 Dan S7+ Mungkin Sokong Paparan 120Hz

Samsung Galaxy Tab S7 Dan S7+ Mungkin Sokong Paparan 120Hz

Diterbitkan pada June 13, 2020 oleh .

Sedia maklum, Samsung dalam perancangan untuk meluaskan rangkaian tablet keluaranya melalui Samsung Galaxy Tab S7. Dakwaan juga mengatakan model ini akan hadir dalam versi plus, namun masih belum dapat dipastikan apa perbezaan di antara kedua-duanya.

Paling menariknya lagi, terdapat laporan baru mengatakan bahawa Samsung akan menawarkan paparan 120Hz pada kedua-dua model tablet ini. Jika ini benar, ia akan menjadi tablet pertama Samsung yang menyokong paparan ini, sekaligus bakal memberi persaingan kepada iPad Pro 2020 yang juga hadir dengan paparan 120Hz bersama teknologi ProMotion. Imej pengolokan tablet Samsung ini juga telah dikongsi sebelum ini dan keseluruhannya rekaan dilihat sama dengan pendahulunya, Samsung Galaxy Tab S6.

Jadi, apa pandangan anda mengenai perkara ini? Mesra diingatkan, maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura. Terdapat sumber mengatakan, Samsung dijangka muncul dengan tablet terbarunya ini sekitar penghujung tahun ini.



TIPS & ULASAN