Carian
Xiaomi Dalam Perancangan Memperkenalkan Monitor Komputer 165Hz
June 13, 2020 Amy Maizuraa

Xiaomi sebelum ini telah muncul dengan dua monitor memfokuskan kepada permainan video menerusi Mi Display dan Mi Surface Display. Terkini, Xiaomi dilihat bakal meluaskan lagi rangkaian monitor keluarannya dengan penawaran lebih baik. Antaranya seperti paparan lebih besar dan kadar segar semula yang tinggi.

Laman Pricebaba mengatakan bahawa Xiaomi kini dalam perancangan untuk memperkenalkan monitor bersaiz 27-inci yang akan dilengkapi dengan kadar segar semula 165Hz. Ini adalah peningkatan dari Mi Surface Display menyokong kadar segar semula 144Hz dan sudut lengkungan 1500R.

Maklumat mengenai spesifikasi lain belum diketahui, tetapi ura-ura mengatakan ia berkemungkinan besar bakal dilancarkan tidak lama lagi. Jika ianya benar, kita mungkin dapat menjangkakan pengalaman permainan yang lebih baik kali ini tetapi seperti biasa kita hanya boleh berharap ia dipasarkan di Malaysia. Kesemua monitor komputer mereka sehingga kini masih belum memasuki pasaran tempatan.

Komen