iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular dikalangan pengguna tempatan, dan negara-negara membangun. Namun, sejak kebelakangan ini kita kurang mendengar mengenai penawaran kandungan eksklusif menarik, dan ia diperkatakan menghadapi krisis hutang.
Terbaru, menurut laporan Nikkei, ia dikatakan iFlix sedang mencari pembeli untuk platform penstriman video mereka. Antara pembelinya diperkatakan mungkin hadir dari negara China.
Ia diperkatakan pengerusi iFlix, Patrick Grove telah meletak jawatan dari lembaga pengarah pada bulan April lepas, selain pengasas bersama iFlix turut telah meletak jawatan lembaga pengarah pada bulan sama.
iFlix buat masa ini masih belum mengumumkan sebarang suntikan dana baru daripada pelabur.
Sebelum ini, pada bulan April lepas, iFlix diperkatakan telah mengurangkan tenaga kerja dalam usaha mengurangkan kos operasi perkhidmatan berkenaan.