Cari @ Amanz

Twitter Ingin Anda Membaca Artikel Terlebih Dahulu Sebelum Berkongsi

Oleh Aman

Link Copied!

Pada hari ini, ramai yang sekadar berkongsi sesuatu pautan dengan hanya membaca tajuk sahaja, dan tidak membaca artikel sepenuhnya. Ini sekaligus membawa kepada kesalahan atau penyebaran maklumat palsu sekiranya sesuatu artikel tidak difahami sepenuhnya.

Dalam mengurangkan penularan perkara tidak betul, kini Twitter sedang bereksperimen dengan ciri baru yang memastikan pengguna membaca terlebih dahulu sebelum berkongsi.

Diuji dikalangan pengguna Twitter untuk Android, apabila pengguna Retweet sesuatu pautan tanpa membukanya terlebih dahulu di Twitter, pengguna akan dipaparkan dengan notifikasi sama ada mereka telah membacanya terlebih dahulu atau tidak.

Twitter menyasarkan perkara ini akan mengurangkan penyebaran maklumat palsu, selain membawa kepada perbincangan yang lebih berilmiah dikalangan pengguna.

Buat masa ini, ia sekadar ujian dikalangan Twitter untuk Android, dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperluaskan kepada semua atau sebaliknya.


Komen ()