Tencent Kini Mempunyai Pegangan Pada Syarikat Muzik, Warner Music Group

Tencent Kini Mempunyai Pegangan Pada Syarikat Muzik, Warner Music Group

Diterbitkan pada Jun 13, 2020 oleh .

Warner Music Group merupakan salah satu syarikat muzik popular didunia, menduduki tangga tiga teratas dalam industri muzik. Terbaru, Tencent dilihat telah membeli pegangan sebanyak $200 juta, sekaligus mempunyai pegangan pada syarikat muzik berkenaan.

Langkah ini sekaligus memperlihatkan Tencent mempunyai pegangan pada dua syarikat muzik popular dunia, iaitu Warner Music Group dan juga Universal Music Group. Selain kedua-duanya, Tencent turut mempunyai pegangan pada Spotify, selain perkhidmatan penstriman muzik mereka tersendiri di China dan beberapa negara di Asia.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memperlihatkan fokus Tencent dalam memegang pegangan dalam arena hiburan -termasuk perfileman, muzik dan juga permainan video.



Paling Popular