Teksi Terbang CityHawk Berubah Kepada Sumber Tenaga Hidrogen Pula

Teksi Terbang CityHawk Berubah Kepada Sumber Tenaga Hidrogen Pula

Diterbitkan pada June 13, 2020 oleh .

CityHawk ialah antara teksi terbang yang mempunyai sejarah pembangunan yang agak menarik. Ia pada asalnya dibangunkan sebagai ambulan terbang Cormorant untuk digunakan tentera Israel yang ingin memindahkan tentera dari medan perang dari kawasan yang sukar dimasuki helikopter. Enjin turbin bahan api fosil digunakan pada awalnya sebelum projek berevolusi menjadi CityHawk.

Seperti kesemua projek teksi terbang sekarang, CityHawk menggunakan bateri untuk membekalkan kuasa kepada dua motor elektrik bagi mengurangkan pencemaran udara dalam bandar. Tetapi isu kesemua kenderaan elektrik terbang ialah tempoh operasi yang amat terhad.

Pembangun CityHawk, Urban Aeronautics telah mengumumkan kerjasama baharu dengan HyPoint untuk menggunakan tren kuasa tenaga hidrogen. Dengan sumber tenaga hidrogen, teksi terbang yang mempunyai jarak penerbangan yang lebih jauh dan lama boleh menjadi realiti.

Sumber tenaga hidrogen juga mempunyai kelebihan kerana mengambil tempoh yang lebih pendek untuk diisi semula berbanding mengecas bateri. Tidak diketahui sama ada penukaran ke tren kuasa hidrogen ini akan mengubah sasaran CityHawk untuk memulakan operasi pada tahun 2021.



TIPS & ULASAN