Cari @ Amanz

Mac lalu Apple Magic Keyboard ditawarkan untuk iPad Pro bagi membolehkan ia beroperasi seperti sebuah komputer riba sebenar. Kekunci Magic yang digunakan pada MacBook Air baharu digunakan pada papan kekunci tambahan yang mempunyai rekaan yang unik ini. Kelak terdapat kemungkinan Magic Keyboard akan turut ditawarkan untuk model iPad yang lain.

Ura-ura datang dari ciapanĀ  @L0vetodream yang beberapa kami memberikan maklumat yang kemudian terbukti sahih. Adalah masuk akal bagi Apple untuk menyeragamkan aksesori yang ditawarkan. iPad Air baharu sebelum ini kami laporkan akan mempunyai rekaan yang sama dengan iPad Pro tetapi dengan spesifikasi yang lebih rendah.

Magic Keybord baharu ini mungkin akan ditawarkan dahulu untuk iPad Air baharu. Penambahbaikan yang dipercayai akan dilakukan ialah bezel lebih nipis, Touch ID terbina dalam skrin dan penggunaan port pengecas USB-C.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd