Microsoft baru-baru ini telah menawarkan kemaskini terbaru untuk Windows 10, yang mana hadir dengan sejumlah penambah-baikkan sekuriti. Apa pun, ia kini didapati turut menyertakan salah satu pepijat yang membuatkan pencetak gagal untuk mencetak.
Daripada laporan awal, ia didapati beberapa model pencetak dari HP, Canon, Brother dan sebagainya gagal untuk mencetak apabila dihubungkan ke kompiter Windows 10.
Pada masa yang sama, Microsoft melalui halaman khas untuknya turut mengatakan pengguna turut menghadapi masalah untuk percetakkan berasaskan perisian – seperti mencetak ke PDF turut mungkin menghadapi masalah untuk beroperasi.
Microsoft dijangka akan menawarkan kemaskini untuknya dalam masa terdekat. Sementara itu, sekiranya komputer anda menghadapi, mungkin perlu melihat kepada alternatif seperti menggunakan komputer lain untuk urusan mencetak.