Huawei FreeBuds 3i Kini Di Malaysia – Berharga RM399, Dilengkapi Pembatalan Hingar Aktif

Huawei FreeBuds 3i Kini Di Malaysia – Berharga RM399, Dilengkapi Pembatalan Hingar Aktif

Diterbitkan pada June 15, 2020 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Nova 7 SE. Bersama-sama dengannya, mereka turut memperkenalkan satu lagi produk baru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei FreeBuds 3i.

Huawei FreeBuds 3i merupakan fon telinga nirwayar yang hadir dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Seperti sejumlah fon telinga nirwayar, ia juga turut hadir bersama sebuah pod simpanan pengecasan khas.

Fon telinga ini boleh beroperasi sehingga 3.5 jam, atau boleh digunakan selama 14.5 jam bersama bateri pada pod simpanan. Ia turut dilengkapi tiga mikrofon bersama pembatalan hingar aktif untuk memudahkan anda melakukan panggilan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Huawei FreeBuds 3i ini pada harga RM399 di Malaysia.



TIPS & ULASAN