Samsung Galaxy Tab 7 dan 7+ merupakan rangkaian tablet terbaru daripada Samsung. Jika sebelum ini, tersebar khabar angin mengatakan peranti ini bakal menawarkan paparan 120Hz. Kini tersebar pula ciapan yang mengatakan Samsung Galaxy Tab S7+ telah muncul di penanda aras Geekbench.
Menurut info dikongsi, Samsung Galaxy Tab S7+ yang membawa nombor model SM-T976B besar kemungkinan menggunakan cip Snapdragon 865 (berdasarkan kod nama Kona). Selain itu, ia juga bakal dikuasakan dengan memori 6GB RAM dan sistem operasi Android 10 terkini. Peranti ini juga dilihat menerima skor 4,277 mata untuk ujian satu teras dan skor 13,286 mata untuk ujian multi-teras.
Maklumat lain mengenai peranti masih belum diketahui buat masa ini. . Samsung juga belum mengumumkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya. Namun, dengan janaan Snapdragon 865, kita boleh menjangkakan penawaran yang baik pada peranti ini.