Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan mereka akan memasarkan telefon pintar terbaru dibawah siri Redmi 9 tidak lama lagi, pada harga bermula RM499.
Dua variasi model ditawarkan untuk pasaran tempatan, iaitu 3GB RAM + 32GB storan pada harga RM499, dan 4GB RAM + 64GB storan pada harga RM599.
Redmi 9 hadir dengan skrin 6.53-inci LCD, dijana cip MediaTek Helio G80, dan bateri 5020mAh. Ia menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 5MP (makro). Untuk rakaman swafoto pula, Redmi 9 menggunakan kamera 8-megapixel.
Untuk tujuan sekuriti, ia menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.
Redmi 9 versi 3GB RAM akan dipasarkan bermula 18 Jun ini pada harga RM499, sementara model 4GB RAM akan dipasarkan bermula 25 Jun pada harga RM599. Menariknya, sempena pengenalan, Redmi 9 boleh didapati pada harga diskaun RM449 khusus melalui Shopee pada 18 Jun 2020 ini sahaja.