Cari @ Amanz

Perisian Pengaturcaraan Intellij Menyebabkan Komputer Dijana Intel Ice Lake Mengalami Isu

Oleh Nazrin

Link Copied!

Isu kerentanan dan cip pemprosesan Intel berpisah tiada. Baru-baru ini ia telah dilaporkan bahawa kerentanan CrossTalk membolehkan penggodam mengakses profil pengguna awanan, dikala isu Meltdown dan Specter masih lagi membelenggu mereka.

Terkini, sebuah kerentanan baru telah ditemui yang menyebabkan komputer riba yang menggunakan CPU Intel Ice Lake mengalami masalah tergendala gara-gara menggunakan satu perisian pengaturcaraan yang dinamakan Intellij.

Intellij ialah sebuah perisian pengaturcaraan Java yang sering digunakan, dan terkini pengguna-pengguna komputer riba yang dijana CPU Intel Ice Lake, termasuklah Microsoft Surface Pro dan Macbook Pro terbaru dilaporkan terkesan akibat kerentanan ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang menyebabkan komputer-komputer ini tergendala apabila menggunakan perisian tersebut, tetapi isunya telah disahkan akibat sesuatu yang berlaku didalam CPU, oleh kerana cara sistem operasi macOS mengendali perisian.

Intel dilaporkan baru sahaja mengeluarkan kemaskini mikrokod untuk CPU Ice Lake, tetapi kerentanan melalui perisian Intellij ini masih lagi berleluasa untuk siri CPU tersebut.

Diantara komputer-komputer riba yang menggunakan CPU Ice Lake termasuklah: MacBook Pro 2020, Microsoft Surface Pro 2020, Surface Laptop 3, Acer Swift 5 dan sebagainya.


Komen ()