Cari @ Amanz

Mi Power Bank 3 Dilancarkan Dengan Kapasiti 30,000 mAh Dan Pengecasan 18W

Link Copied!

Xiaomi telah mengumumkan Mi Power Bank 3 dengan kapasiti gergasi 30,000 mAh. Ia turut dilengkapi empat output – 2 USB-A, 1 USB-C dan satu mikroSD. Pengecasan 18W boleh dinikmati menerusi port USB-A dan USB-C. Ini adalah peningkatan berbanding Mi Power Bank 2i yang berkapasiti 20,000 mAh.

Ia kemudian boleh dicas semula pada kuasa 24W menerusi USB-C atau 18W menerusi mikro USB. Ini membolehkan power bank ini dicas semula dalam masa 7.5 jam. Dengan saiz bateri yang amat besar ini, Mi Power Bank 3 boleh mengecas Poco F2 Pro sehingga 4.5 kali atau iPhone SE 2020 sebanyak 10.5 kali. Dengan jumlah output yang banyak, pelbagai peranti boleh dicas serentak.

Di China Mi Power Bank 3 dijual pada harga RMB 169 (~RM102) sahaja dalam warna putih. Harus diingatkan dengan kapasiti sebesar ini, Mi Power Bank 3 tidak boleh dibawa masuk ke dalam kapal terbang.


Komen ()