Cari @ Amanz

Sebelum ini, terdapat maklumat tertiris mendedahkan bahawa Huawei akan meluaskan rangkaian siri Huawei Enjoy melalui Huawei Enjoy 20 Pro. Terdapat juga dakwaan mengatakan model ini bakal menggunakan cip MediaTek Dimensity 800.

Terkini, video acah mengenai peranti ini telah mula dikongsi di arena web dan ia memperlihatkan rekaan peranti secara menyeluruh. Peranti ini dilihat hadir dengan rekaan hadapan bertakuk bersama sokongan tiga kamera di belakang. Selain itu, ia juga menggunakan sistem imbasan cap jari pada sisi dan masih mengekal bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah. Ia juga memaparkan tarikh pelancaran pada pertengahan video yang dijadualkan pada 19 Jun ini di China.

Maklumat lain mengenai peranti belum dapat dipastikan lagi. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawaran Huawei pada kali ini. Kita tunggu pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd