Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengumuman Samsung Galaxy S20+ Edisi BTS pada awal pagi ini, kini pihak Samsung Malaysia turut telah mengumumkan mereka bakal menawarkannya untuk pasaran tempatan.

Dua peranti edisi BTS yang akan ditawarkan adalah Galaxy S20+ BTS Edition dan juga Galaxy Buds+ BTS Edition. Ini sekaligus membolehkan pengguna tempatan yang meminati BTS untuk mendapatkannya.

Galaxy S20 BTS

Samsung Galaxy S20+ Edisi BTS ini hadir dengan rekaan berwarna ungu dan kemasan besi, selain turut menyertakan beberapa kandungan khusus bertemakan BTS secara terbina didalamnya. Ia turut menyertakan akses kepada platform komuniti dinamakan Weverse. Disamping itu, sejumlah pelekat dan kad gambar disertakan untuk peminat menyimpannya sebagai kenangan.

Galaxy S20 BTS

Di Malaysia, Galaxy S20+ Edisi BTS ini ditawarkan pada harga RM4399, sementara Galaxy Buds+ Edisi BTS pula pada harga RM899.

Galaxy S20+ BTS

Menarikya, pihak Samsung Malaysia turut hadir dengan promosi pra-tempahan khas. Bagi anda yang membeli Galaxy S20+ Edisi BTS, anda boleh mendapatkan Galaxy Buds+ Edisi BTS dengan diskaun 50%. Atau, bagi pembeli Galaxy Buds+ Edisi BTS pula, anda akan ditawarkan dengan pad pengecasan nirwayar edisi BTS bernilai RM199 secara percuma.

Galaxy BTS Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd