Microsoft Surface Duo Mungkin Dilancarkan Seawal Bulan Hadapan

Microsoft Surface Duo Mungkin Dilancarkan Seawal Bulan Hadapan

Diterbitkan pada June 15, 2020 oleh .

Semasa diperlihatkan kepada umum pada Oktober tahun lalu, Microsoft Surface Duo menyasarkan jualan bermula pada musim perayaan 2020. Ini memberikan petunjuk ialah akan hanya dipasarkan pada penghujung tahun ini. Namun begitu kita kedengaran ura-ura acara pelancarannya akan diawalkan ke bulan Julai ini.

Surface DuoMenurut ciapan @zacbowen yang merupakan penulis di WindowsCentral, kedengaran ura-ura pelancaran diawalkan sebelum Galaxy Fold 2 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos. Strategi pemasaran ini mungkin adalah perlu memandangkan Surface Duo dilaporkan hanya sekadar dijana cip Snapdragon 855 yang sudah agak berusia berbanding Snapdragon 865 pada Fold 2. Pada waktu yang sama peranti dipercayai hanya dilengkapi 6GB RAM dan menggunakan dwi-skrin tidak seperti Fold 2 yang mempunyai skrin boleh lipat.

Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini masih belum diketahui. Tetapi Microsoft memang perlu melancarkan telefon pintar pertama mereka dalam masa 4 tahun lebih awal bagi mengelakkan persaingan dengan peranti spesifikasi lebih baik.



TIPS & ULASAN