Samsung Galaxy M41 Mungkin Menggunakan Skrin OLED Keluaran Pihak Ketiga

Samsung Galaxy M41 Mungkin Menggunakan Skrin OLED Keluaran Pihak Ketiga

Diterbitkan pada June 15, 2020 oleh .

Samsung cuba membezakan peranti kelas pertengahan mereka berbanding pengeluar lagi menerusi penggunaan skrin OLED pada siri Galaxy A yang dikembangkan pula kepada model Galaxy M. Sejak dari awal skrin OLED yang digunakan adalah yang dikeluarkan oleh mereka sendiri tetapi ini akan berubah dengan pelancaran Samsung Galaxy M41 kelak.

Menurut sumber pembekal, Galaxy M41 akan menggunakan panel OLED yang dikeluarkan oleh China Star Optoelectronics Technology (CSOT) yang dimiliki oleh TCL. Penggunaan panel CSOT adalah kerana ia ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding Samsung Display. Siri Galaxy M dipasarkan pada harga yang mampu milik dan penggunaan komponen lebih murah akan membolehkan peranti kemudiannya ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

Sebelum ini telah dilaporkan Samsung turut bercadang menggunakan panel OLED yang dikeluarkan oleh BOE untuk Galaxy S21. Tetapi pada hujung minggu lalu terdapat laporan panel mereka tidak melepasi piawaian yang ditetapkan oleh bukan sahaja Samsung tetapi juga Apple.



TIPS & ULASAN