Apple MacBook Pro 16-inci Kini Hadir Dengan Pilihan Grafik 75% Lebih Pantas

Apple MacBook Pro 16-inci Kini Hadir Dengan Pilihan Grafik 75% Lebih Pantas

Diterbitkan pada Jun 15, 2020 oleh .

Apple hari ini telah menawarkan satu lagi pilihan naik-taraf untuk komputer riba MacBook Pro 16-inci mereka, iaitu pilihan penambahan kad grafik AMD Radeon Pro 5600M dengan memori 8GB HBM2.

MacBook Pro 16-inci

Apple mengatakan pilihan grafik ini menawarkan prestasi lebih 75% pantas berbanding dengan penggunaan grafik versi 5500M yang ditawarkan sebelum ini.

Hal ini, sekaligus memudahkan lagi proses membuat penyuntingan atau rekaan kreatif menggunakan komputer riba berkenaan.

Pilihan ini hadir dengan penambahan wang sebanyak RM2800 berbanding dengan versi grafik AMD Radeon Pro 5500M dengan 4GB GDDR6 sebelum ini.

Bagi anda yang berminat mendapatkan pilihan grafik baru ini, boleh membuat tempahan MacBook Pro 16-inci ini melalui laman rasmi Apple Malaysia. Dengan pilihan baru ini, ia sekaligus membawa tanda harga maksima untuk MacBook Pro 16-inci mencapai lebih RM26k.



Paling Popular