Akhir Januari yang lalu, Google melancarkan Tangi sebagai platform video tutorial pendek. Sedikit aneh aplikasi Tangi hanya ditawarkan kepada pengguna iOS terlebih dahulu. Selepas hampir lima bulan, Tangi kini akhirnya boleh dimuat turun pengguna Android.
Tangi ialah singkatan kepada ayat TeAch aNd GIve. Menerusinya pengguna boleh menonton video pendek sehingga 60 saat yang mengajar cara menghasilkan kraftangan kreatif, menghasilkan kek, mencuba resipi masakan dan banyak lagi.
Dengan kepopularan platform video pendek seperti TikTok, Google merasakan terdapat ruang untuk sebuah lagi platform video pendek hanya untuk tutorial.
Muat turun aplikasi Tangi dari Google Play Store