Cari @ Amanz

Acuan iPhone 12 Tertiris Menunjukkan Perbezaan Rekaan Tubuh Yang Ketara

Link Copied!

Semakin hampir kita kepada pelancaran iPhone baharu, semakin banyak maklumat mengenainya akan tertiris, Ini berlaku saban tahun dan maklumat ini biasanya terbukti benar apabila peranti dipasarkan. Hari ini giliran acuan untuk iPhone 12, 12 Pro dan 12 Pro Max pula telah tertiris ke arena web mengesahkan perubahan pada rekaan berbanding iPhone 11.

Acuan jelas menunjukkan rekaan sisi yang rata menyerupai yang ditemui pada iPad Pro. Ini mengesahkan ura-ura yang didengari sejak awal tahun ini. Peranti masih lagi mengekalkan takuk yang agak besar untuk sistem Face ID serta kamera hadapan. Tiada perubahan dilakukan pada rekaan butang kawalan suara, kuasa dan suis yang mematikan deringan.

Bagi yang mungkin tertanya-tanya mengapa acuan ini wujud? Jawapannya ialah untuk digunakan oleh pengeluar kerangka peranti apabila dipasarkan kelak.


Komen ()