Facebook Mengatakan Impak Ketiadaan Berita Pada Platform Adalah Rendah – Tolak Cadangan Membayar Penerbit Berita Di Australia

Facebook Mengatakan Impak Ketiadaan Berita Pada Platform Adalah Rendah – Tolak Cadangan Membayar Penerbit Berita Di Australia

Diterbitkan pada Jun 16, 2020 oleh .

Beberapa minggu lepas, kerajaan Australia telah meminta ACCC (Australia Competition and Consumer Commission) telah diminta membangunkan piawaian khusus dalam memaksa syarikat digital seperti Facebook untuk berkongsi pendapatan pengiklanan mereka bersama syarikat media di Australia.

Hal ini kerana penurunan kadar pengiklanan dikalangan syarikat media, dan ramai mula mengiklan di syarikat gergasi seperti Facebook dan Google.

Apa pun, cadangan berkenaan dilihat kini ditolak oleh pihak Facebook. Facebook mengatakan impak terhadap perniagaan mereka mungkin hampir kepada tiada sekiranya perkongsian berita daripada media berkenaan dihentikan sepenuhnya di platform mereka.

Bercakap lanjut, Facebook sendiri telah mengubah sedikit algoritma mereka dalam mengutamakan kandungan memfokuskan keluarga dan rakan-rakan di News Feed. Langkah ini turut mengurangkan perkongsian daripada Pages, termasuk kandungan berbentuk berita.

Hal ini sekaligus memperlihatkan Facebook boleh menggantikan kandungan di platform mereka, dan pada masa yang sama hampir tidak memberikan impak kepada penggunaan platform berkenaan.

Facebook turut mengatakan yang mana sekiranya tiada sebarang kandungan berita yang ditawarkan di Facebook di Australia, impak ia kepada metrik komuniti dan pendapatan di Australia mungkin tidak begitu besar.

Facebook turut mengatakan mereka bersaing secara sihat dalam industri, dan piawaian yang sihat perlu dibangunkan, dan bukannya untuk memberikan “subsidi untuk pesaing”.

Apa pun, Facebook mengatakan mereka masih komited dalam menyokong arena berita. Di Amerika Syarikat sendiri, Facebook telah memperkenalkan ciri tab News khas, yagn memperlihatkan berita semasa di platform berkenaan daripada pelbagai penerbit dengan mudah. Pada masa yang sama, Facebook juga berkongsi pendapatan bersama penerbit melalui perkongsian video atau Facebook Instant Articles yang menyertakan Facebook Audience Network.

Selain Australia, syarikat media Malaysia juga turut memohon perkara lebih kurang sama sebelum ini dengan meminta Facebook berkongsi pendapatan pengiklanan bersama mereka.



TIPS & ULASAN