Google Pixel 4a sepatutnya dilancarkan ketika acara Googel I/O tahun ini serentak dengan pengumuman Android 11. Tetapi kerana Covid-19, Google I/O telah dibatalkan dan pengumuman peranti kelas pertengahan ni juga masih menjadi misteri. Terdapat laporan ia akan hanya diumumkan pada bulan Julai tetapi menurut ciapan peniris @jon_prosser jualannya pula ditangguhkan pula ke Oktober.
Where’s Pixel 4a?
Here’s an update:
AGAIN, it seems Google has delayed Pixel 4a 🤦🏼♂️
Announcement still happening on July 13
But in the system, it’s listed that the “Black” model now launching October 22 😬
“Barely Blue” has been removed entirely…
I’ll keep you updated. 🤷🏼♂️ https://t.co/UgsWJrYK4U pic.twitter.com/TX209u9Jqb
— Jon Prosser (@jon_prosser) June 13, 2020
Dengan penangguhan ini, Pixel 4a akan dijual bersama dengan Pixel 5 kelak. Sebab yang diberikan ialah faktor pasaran semasa. Stok peranti dipercayai sudah sedia untuk dijual tetapi ditangguh kerana pengguna dilihat masih belum bersedia untuk membeli peranti ketika Covid-19 masih lagi berleluasa. Tahun ini ialah tahun yang mencabar bagi kesemua pengeluar telefon pintar. Bagi peminat Pixel kelas pertengahan mereka perlu menanti lebih lama lagu sebelum ia boleh dimiliki tahun ini.