Cari @ Amanz

Kerangka Xiaomi Mi CC10 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Kamera Belakang Berbentuk Bulat

Link Copied!

Siri Xiaomi Mi CC9 telah diperkenalkan sekitar Julai lepas dengan rekaan logo bercahaya dan spesifikasi menarik. Terkini, Xiaomi dilihat bakal hadir dengan pewaris seterusnya, Xiaomi Mi CC10 dan rekaan kerangkanya kini telah tertiris.

Imej tertiris memperlihatkan rekaan belakang peranti dengan modul kamera berbentuk bulat. Jika diperhati, ia mempunyai sokongan empat lensa utama yang disusun dengan bentuk seakan berlian dan LED Flash pula ditempatkan pada bahagian bawah kamera. Bagaimanapun, sayangnya imej tertiris tidak pula mendedahkan rekaan panel hadapan peranti.

Namun begitu, ada khabar angin tersebar mengatakan peranti ini bakal menggunakan rekaan skrin berlubang. Maklumat lanjut mengenai peranti masih belum diketahui tetapi ramai menjangkakan ia bakal didatangkan dengan sistem kamera yang dipertingkatkan.


Komen ()