Prototaip Peranti Boleh Lipat Apple Dilaporkan Menggunakan Dwi-Skrin Seperti Surface Duo

Prototaip Peranti Boleh Lipat Apple Dilaporkan Menggunakan Dwi-Skrin Seperti Surface Duo

Diterbitkan pada June 16, 2020 oleh .

Apple sudah memfailkan beberapa paten peranti skrin boleh lipat mereka sejak beberapa tahun yang lalu. Sehingga kini Apple masih belum mengesahkan mereka mempunyai perancangan menghasilkan peranti seakan Galaxy Fold dan Mate X. Terkini @jon_prosser yang kerap meniriskan maklumat tepat mengenai produk Apple berkata pembangunan prototaip peranti skrin boleh lipat Apple telahpun dihasilkan.

Menurut beliau lagi prototaip menggunakan dwi-skrin yang disambung menggunakan engsel mirip Surface Duo. Tetapi apabila dalam keadaan terbuka, skrin akan kelihatan bercantum. Tiada takuk akan digunakan sebaliknya Face ID akan diletakkan pada bahagian dahi yang kecil pada skrin sekunder luaran. Rekabentuk sisi tubuh pula dibulatkan seperti iPhone 11 sekarang.

Sekiranya apa yang dikatakan oleh beliau ini benar, Apple akan akhirnya memberikan saingan kepada Samsung yang mendominasi pasaran peranti boleh-lipat. Kerisauan pengguna pastinya terletak pada harga kerana pada waktu ini peranti skrin boleh-lipat masih di luar kemampuan majoriti pengguna.



TIPS & ULASAN