Templat Money In Excel Diperkenalkan – Urus Kewangan Dalam Microsoft Excel

Templat Money In Excel Diperkenalkan – Urus Kewangan Dalam Microsoft Excel

Diterbitkan pada Jun 16, 2020 oleh .

Microsoft Excel adalah perisian yang terkenal untuk membuat hamparan, seperti kerja-kerja kewangan, kiraan, mengurus senarai data, perbandingan, graf dan banyak lagi. Versi moden dan terkini ditawarkan dalam pakej Microsoft 365 atau Office 365, yang mana menyokong sokongan storan awanan. Ia adalah perisian terbaik dengan pelbagai format yang boleh digunakan.

Terkini, Microsoft telah memperkenalkan pula templat khas untuk menguruskan kewangan anda. Templat ini adalah Money in Excel. Secara asasnya, templat ini menawarkan fungsi seakan alat untuk menguruskan perbelanjaan atau perkara lain dalam hal kewangan. Jadi, pengguna tidak perlu berbelanja lebih membeli perisian kewangan lain dan kini boleh bergantung kepada Excel sahaja. Melalui templat ini, pengguna turut boleh selarikan akaun kewangan tersendiri dan terus lihat, kawal dan  urus perbelanjaan dengan mudah. Terdapat 10,000 institusi kewangan yang diintegrasikan dalam templat ini, dan bagi yang berminat ia boleh dimuat turun dengan syarat – langgan Microsoft 365.

Muat Turun Money in Excel Di Sini



Paling Popular