Cari @ Amanz

Windows 10 Fast & Slow Ring Dijenamakan Semula Kepada Dev & Beta Channel

Link Copied!

Windows 10 seperti semua sedia maklum adalah nama sistem operasi yang terakhir. Windows 10 dikira sebagai jenama dan versi-versi baru akan diperkenalkan dan diedarkan dengan nama tersendiri, seperti Mei Update, atau Anniversary Update. Microsoft turut menawarkan percubaan versi pembangunan melalui kemaskini Fast Ring dan Slow Ring. Fast Ring adalah untuk menerima kemaskini terpantas dengan pelbagai ciri dan fungsi baru, tetapi penuh dengan pepijat dan tidak stabil. Manakala Slow Ring pula adalah kemaskini versi pembangunan yang kurang pepijat, sedikit lebih stabil dan edaran kemaskini sedikit lebih perlahan.

Terkini, Microsoft telah mengumumkan yang mereka ingin menjemakan semula kemaskini Fast/Slow Ring ini. Ia kini akan menggunakan nama Dev dan Beta. Lebih spesifik, Fast Ring kini adalah Dev Channle dan Slow Ring kini adalah Beta Channel dan akhir sekali versi semi-akhir Release Preview Ring kini adalah Release Preview Channel. Perkara ini turut dilakukan agar selari dengan versi percubaan Microsoft Office yang menggunakan nama Channel juga. Perubahan akan berlaku secara automatik dan akan muncul pada bahagian tetapan sistem Windows 10 dalam masa terdekat dan secara berperingkat. Versi Windows yang digunakan sekarang akan dipaparkan mengikut versi yang digunakan juga.


Komen ()