Cari @ Amanz

Samsung Dianugerahkan Paten Rekaan Penta-Kamera Untuk Telefon Pintar

Link Copied!

Realiti yang perlu ditelan oleh pengguna moden ialah jumlah kamera pada telefon pintar akan semakin meningkat kerana keperluan fotografi yang perlu ditambah baik saban tahun. Hasilnya tahun ini penggunaan kuad-kamera pada telefon pintar kelas pertengahan sudah menjadi lumrah dan penta-kamera telah digunakan pada peranti mercu seperti Huawei P40 Pro+ dan Nokia 9 Pureview.

Selepas ini mereka mungkin Samsung pula akan memasuki kelab penta-kamera pada telefon pintar. Mereka telah dianugerahkan paten sistem penta-kamera pada bahagian belakang peranti oleh WIPO. Ia merangkumi lima lensa sudut lebar dan satu lensa telefoto. Kelima-lima lensa boleh berfungsi secara solo atau serentak untuk menghasilkan imej yang lebih berkualiti.

Sensor pada rekaan penta-kamera ini juga berbeza dengan yang digunakan Huawei dan Nokia kerana ia boleh disendengkan. Dengan dua sensor disendengkan ke sisi bertentangan arah. Sebuah gambar panorama dapat diambil. Empat kamera yang mengambil gambar serentak kemudian boleh menghasilkan imej gergasi beresolusi tinggi dan lebih tajam.

Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna ia akan menjadi realiti. Yang pasti ialah inovasi seperti ini akan dapat memberikan persaingan kepada peranti lain dan meningkat kemampuan kamera telefon pintar yang dulu dipandang rendah oleh peminat fotografi.


Komen ()