HTC U20 5G Dilancarkan – Telefon 5G Pertama HTC
HTC

HTC U20 5G Dilancarkan – Telefon 5G Pertama HTC

Diterbitkan pada Jun 16, 2020 oleh .

HTC U20 5G dilancarkan di Taiwan sebentar tadi dan dari namanya ia adalah peranti 5G pertama dari HTC. Dari segi spesifikasi peranti dilengkapi skrin 6.7″ LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 765G. memori sebesar 8GB, storan sebesar 256GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Bateri yang besar ini menyokong pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C.

Kuad-kamera utama menggabungkan sensor 47+8+2+2 megapixel yang menyokong rakaman video 4K 60FPS. Kamera swafoto pula sebesar 32 megapixel. Sistem kamera utama dilengkapi lensa sudut lebar, sudut ultra lebar, makro dan pengesan kedalaman untuk kesan khas bokeh.

Rekaan skrin penuh digunakan dengan saiz dagu yang kecil. Hanya bezel bawah yang kelebihan sedikit tebal berbanding sisi bezel yang lain. Terdapat lubang skrin pada bahagian hadapan untuk kamera swafoto. Bingkai logam digunakan pada bahagian sisi manakala panel belakang pula diperbuat daripada kaca dengan kemasan matte.

Sebuah pengimbas cap jari fizikal diletakkan pada bahagian belakang. Mengikuti trend semasa, U20 5G tidak dilengkapi bicu audio 3.5mm. Di Taiwan HTC U20 5G dilancarkan pada harga 18,990 TWD (~RM2735), .



Paling Popular