Carian
Covid-19 Memberikan Impak Kepada Perniagaan Grab – Mengurangkan 5% Tenaga Kerja
June 16, 2020 Aman

Grab hari ini mengumumkan yang mana Covid-19 telah memberikan impak kepada perniagaan mereka, sekaligus membawa kepada keputusan pihak Grab dalam mengurangkan tenaga kerja mereka.

Grab melalui pengumuman, mengatakan akan mengurangkan 5% tenaga kerja mereka, iaitu memberhentikan sekitar 360 orang.


Selain mengurangkan tenaga kerja, pihak Grab turut mengumumkan mereka akan menghentikan beberapa projek bukan-teras, mengabungkan ciri-ciri untuk kadar efisien lagi tinggi, selain menjadikan saiz pasukan lebih efisien berbanding sebelumnya.

Sejak Februari, kita telah melihat kesan ketara COVID-19 terhadap sektor perniagaan global, termasuklah perniagaan kita. Pada masa yang sama, ia menjadi lebih jelas bahawa pandemik ini berkemungkinan akan mengakibatkan kemelesetan yang berpanjangan dan kita harus bersiap sedia untuk menghadapi proses pemulihan yang panjang. Sejak beberapa bulan yang lalu, kami telah mengkaji semua kos-kos, mengurangkan perbelanjaan dan melaksanakan pemotongan gaji keatas pengurusan tertinggi. Walau bagaimanapuni, kami menyedari bahawa kami masih perlu menjadi organisasi yang lebih ramping untuk menangani cabaran ekonomi pasca pandemik.

Grab juga menyasarkan ini adalah penghentian pekerja yang dilakukan kali terakhir untuk tahun ini. Bergerak kehadapan, Grab mengatakan akan memfokuskan kepada perniagaan teras mereka seperti perkhidmatan seru-pandu, penghantaran, dan perkhidmatan kewangan.

Komen