Carian
HTC
HTC Desire 20 Pro Turut Dilancarkan Dengan Snapdragon 665
June 16, 2020 Effi Saharudin

Serentak dengan pelancaran telefon 5G pertama mereka HTC U20 5G, sebuah peranti kelas pertengahan 4G turut dilancarkan dengan nama HTC Desire 20 Pro. Peranti ini dilengkapi skrin 6.5″ LCD FHD+, cip Snapdragon 665, memori sebesar 6GB, storan sebesar 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Bateri ini boleh menerusi pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C.

Kuad kamera utama pula menggabungkan sensor 48+8+2+2 megapixel sementara kamera hadapan pula sebesar 25 megapixel. Seperti pada U20 5G, kuad kamera dilengkapi lensa sudut lebar, sudut ultra lebar, makro dan kedalaman. Video boleh dirakam sehingga resolusi 4K 30FPS.

Pengimbas cap jari berbentuk bulat diletakkan pada bahagian belakang manakan pada bahagian bawah pula terdapat bicu audio 3.5mm. Tidak seperti peranti HTC yang dilancarkan sebelum ini, Desire 20 Pro tidak menyokong sistem kawalan Edge Sense. Ciri menaik peranti ini ialah panel belakang dengan corak garisan melintang. Di Taiwan ia ditawarkan pada harga TWD 8990 (~RM1294) dalam warna biru dan hitam.

Komen