Cari @ Amanz

Rekaan dan spesifikasi dongel Androd TV telah pun tertiris di arena web dengan kod nama Sabrina. Pada awalnya, ia disangka adalah sebuah Chromecast Ultra dengan Android TV – tetapi sebaliknya ia adalah sebuah dondel Android TV penuh. Ia turut hadir degan alat kawalan jauh dan mempunyai antaramuka baharu yang lebih fokus kepada kandungan penstriman video berbanding aplikasi Android TV.

Terkini menurut 9to5google, Android TV turut akan hadir dengan sokongan padanan suara atauVoice Match untuk Google Assistant. Ia adalah untuk menetapkan Google Assistant agar pelbagai pengguna boleh menyeru dan membuat kawalan berasaskan suara tersendiri. Contoh jika Abu seru “Play Snowpiercer on Netflix”, ia akan menggunakan akaun Abu. Tetapi apabila Siti seru “Play My Music On Spotify”, ia akan menggunakan akaun Siti dan bukannya akaun Abu.

Perkara ini sudah pun hadir pada pelbagai peranti berhubung seperti pembesar suara dan paparan pintar. Nampaknya, Android TV juga akan hadir secara terbina agar mudah diselarikan dengan ekosistem Google Home dengan lebih baik. Jika satu keluarga menggunakan Google Assistant, ia akan mudah mempunyai profil suara masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd