Carian
OnePlus 8T Mungkin Dilengkapi Dengan Pengecasan Pantas 65W
June 16, 2020 Amy Maizuraa

Pengecasan pantas menjimatkan masa kerana tiada lagi keperluan menanti sehingga sejam sebelum peranti dica sepenuhnya. Saban tahun teknologi pengecasan pantas baharu dilancarkan dengan kemampuan yang dipertingkatkan. Bagi peminat peranti OnePlus kod Android 11 Beta yang telah tertiris lebih awal memberikan petunjuk syarikat ini akan memperkenalkan sistem pengecasan yang lebih pantas pada peranti mereka  yang seterusnya.

Di sini kita dapat lihat, ia merupakan satu peningkatan besar daripada teknologi OnePlus Warp Charge 30W yang disokong OnePlus 7 dan 7T. Rentetan daripada itu, ramai berspekulasi OnePlus berkemungkinan besar melancarkan teknologi ini pada peranti mereka yang seterusnya – dikhabarkan muncul sebagai OnePlus 8T kelak. Perincian lanjut mengenainya masih belum diketahui tetapi tidak mengejutkan sekiranya meminjam teknologi SuperVOOC 2.0 65W milik Oppo. Perkongsian teknologi boleh dilakukan kerana kedua-dua syarikat adalah di bawah payung BBK Electronics.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat desas-desus awal dan OnePlus juga belum berkongsi sebarang maklumat mengenainya. Namun jika ianya benar, kita boleh menjangkakan sesuatu yang menarik pada peranti OnePlus akan datang.

Komen