Cari @ Amanz

Realme kelihatan cukup agresif dalam memperkenalkan produk barunya. Mereka merancang pelbagai strategi dalam usaha memberikan yang terbaik buat peminat setia. Terkini, mereka dikhabarkan bakal menawarkan model baru dikenali sebagai Realme C11.

Laporan memetik sumber berkata, peranti ini telah muncul di dalam beberapa pengkalan pengesahan persijilan termasuk SIRIM, NBTC Thailand, Eurasia’s EEC dan TKDN Indonesia dengan nama model RMX2185. Ia boleh memberi gambaran kepada kita bahawa berkemungkinan peranti ini akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai peranti ini, namun tersebar satu ciapan yang mengatakan Realme C11 bakal dibekalkan bateri 5,000mAh. Selain itu, ramai juga menjangkakan ia bakal membawakan paparan dan sistem kamera lebih baik. Apa pula anda jangkakan untuk penawaran kali ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd