Cari @ Amanz

Tenaga Nasional sedia menguji meter pintar mereka di Melaka sebelum ini, dan kini menyasarkan untuk memperluaskan pemasangannya di Lembah Klang – sebelum ke seluruh negara menjelang 2021 kelak.

Meter pintar TNB menawarkan sejumlah kelebihan tersendiri berbanding meter sedia ada di rumah. Antaranya adalah memudahkan lagi pengguna untuk memantau penggunaan mereka, dan melihat informasi penggunaan melalui aplikasi atau web.

TNB Meter Pintar

Ini sekaligus memudahkan pengguna untuk mengetahui bil semasa, dan mengawal trend penggunaan mereka untuk mengelak bil melambung tinggi.

Disamping itu, pengguna turut akan menerima bil semasa berdasarkan penggunaan – dan bukannya bil anggaran ketika perkara seperti Perintah Kawalan Pergerakan berlaku.

Dengan integrasi bersama aplikasi TNB, pengguna juga turut boleh melakukan pembayaran dengan pantas.

Buat masa ini, TNB menyasarkan untuk memasangnya terlebih dahulu di 1.2 juta unit premis di Lembah Klang sebelum memperluaskannya ke seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd