Suruhanjaya Eropah Membuka Siasatan Antimonopoli Ke Atas Apple

Suruhanjaya Eropah Membuka Siasatan Antimonopoli Ke Atas Apple

Diterbitkan pada June 17, 2020 oleh .

Suruhanjaya Eropah (European Comission) pagi ini secara rasmi membuka siasatan antimonopoli ke atas Apple kerana cara mereka mengenakan peraturan pada Apple App Store dan Apple Pay. Siasatan dibuka selepas EC menerima beberapa aduan dari syarikat seperti Spotify dan Kobo.

Apple AppStoreSeperti yang kami laporkan sebelum ini Spotify memfailkan aduan kerana merasakan potongan 30% yang diambil oleh Apple untuk setiap transaksi Apple Store adalah tidak adil. Pada waktu yang sama Apple menawarkan langganan Apple Music yang lebih rendah kerana “cukai Apple” tidak dikenakan pada produk mereka sendiri.

Kobo juga memfailkan aduan yang sama kerana merasakan Apple Books juga tidak adil ke atas mereka. Apple Pay pula disiasat kerana ia satu-satunya sistem NFC tap dan bayar yang disokong pada peranti Apple sekaligus dilihat adalah monopoli yang mengehadkan pilihan kepada pengguna Eropah.

Apple sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa potongan 30% adalah perlu bagi membolehkan App Store beroperasi dengan selamat. Dalam kenyataan baharu pula, Apple menyuarakan rasa kesal EC membuka siasatan yang berdasarkan aduan yang tidak berasas oleh syarikat yang tidak mahu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk kesemua pembangun pada platform milik mereka.



TIPS & ULASAN