Cari @ Amanz

Panggilan Video Google Meet Kini Boleh Dilakukan Terus Dari Gmail Pada Peranti Mudah Alih

Link Copied!

Norma baharu dunia Covid-19 ialah melakukan mesyuarat atas talian menerusi aplikasi telesidang. Sejak lebih dua bulan yang lalu kami sendiri telah menghadiri beberapa sesi telesidang pelancaran produk yang dilakukan secara atas talian. Antar aplikasi yang digunakan ialah Google Meet namun proses menyertai sesi adalah sukar kerana tiadanya integrasi yang menyeluruh.

Google hari ini mengumumkan dalam masa terdekat, panggilan video Google Meet akan dapat dilakukan terus dari dalam aplikasi Gmail pada peranti mudah alih. Pengguna hanya perlu menekan satu butang untuk menyertai sesi telesidang Google Meet dari dalam Gmail dan tingkap panggilan video akan dibuka secara automatik.

Dengan ini proses menjemput rakan kerja atau ahli keluarga menggunakan emel akan menjadi lebih intuitif. Integrasi terus ke Google Calendar juga dapat disokong. Proses kemas kini yang memberikan ciri ini kepada semua pengguna akan dilakukan secara berperingkat dalam minggu mendatang. Ia bakal disokong pada peranti Android dan iOS.


Komen ()