Honor Malaysia sedia menawarkan salah satu komputer riba mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Honor MagicBook. Kini, dengan keperluan para pelajar yang perlu mengikuti kuliah secara atas-talian, pihak Honor mengumumkan penawaran skim pinjaman komputer riba untuk pelajar UKM.
Melalui penawaran ini, ia ditujukan kepada pelajar dari keluarga B40, dan pada masa yang sama merupakan pelajar ijazah sarjana muda di UKM. Komputer riba akan ditawarkan secara percuma selama satu semester, dan dikatakan boleh disambung pada masa akan datang.
Seperti biasa, penawaran ini turut hadir dengan beberapa syarat, termasuk perlu lulus temuduga khusus.
Bagi anda yang belajar di UKM, boleh menyemak skim pinjaman komputer riba ini hari ini.