Honor 9A Bakal Dilancarkan Pada Peringkat Global Pada 23 Jun Kelak

Honor 9A Bakal Dilancarkan Pada Peringkat Global Pada 23 Jun Kelak

Diterbitkan pada June 17, 2020 oleh .

Honor 9A telah dilancarkan secara rasmi di pasaran China sekitar Mac lalu. Terkini, pihak Honor turut dilihat bakal memperkenalkan model ini untuk pasaran global dan tarikh pelacaran telah dikongsi.

Difahamkan, pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 23 Jun ini dan acara akan diadakan secara atas talian. Peranti ini dilihat menyerlah dengan penawaran menarik termasuklah bateri yang besar. Melaluinya, kita boleh menjangkakan jangka hayat penggunaan yang lama. Selain itu, Honor juga dijangka muncul dengan Honor Router 3 pada acara pelancara tersebut.

Imbas kembali, Honor 9A merupakan sebuah peranti kelas permulaan. Ia dilengkapi dengan paparan 6.3-inci IPS LCD bersama rekaan skrin bertakuk. Peranti ini dijana oleh cip pemproses MediaTek Helio P22, RAM 3GB dan storan 64GB. Ia dibekalkan tiga kamera utama dengan bateri sebesar 5,000mAh.



TIPS & ULASAN