Carian
Google Duo Kini Menawarkan Ciri Panggilan Video Berkumpulan Sehingga 32 Orang
June 17, 2020 Aman

Google Duo merupakan salah satu perkhidmatan panggilan video yang ditawarkan untuk pengguna. Terbaru, lanjutan daripada pengumuman Google sebelum ini, kini Google telah mula memperkenalkan ciri panggilan berkumpulan melalui web.

Dengan penawaran ini, anda boleh menggunakan Google Duo di web, dan menjana pautan khas untuk disertai oleh rakan-rakan. Anda boleh membuat panggilan menyertakan sehingga 32 orang pada sesuatu masa secara serentak.

Bagi anda yang kerap membuat panggilan video, mungkin boleh mencuba perkhidmatan Googel Duo melalui web ini hari ini, dan melakukan panggilan secara berkumpulan.

Komen