Cari @ Amanz

Microsoft Edge adalah pelayar web baharu dari Microsoft sebagai pengganti kepada Edge yang lama dan juga pengganti kepada Internet Explorer. Microsoft Edge yang terbaru menggunakan asas kod Chromium yang sama dengan Google Chrome, jadi banyak fungsi dan ciri terbina – cuma bergantung kepada Microsoft jika mereka ingin aktifkan atau tidak.

Salah satu yang ramai gemar menggunakan Chrome adalah sokongan pelbagai pemalam, yang mana turut disokong oleh Microsoft Edge. Pemalam Chrome boleh sahaja dipasang pada Microsoft Edge melalui kaedah sideloading – tetapi ia tidak digalakkan dan Microsoft menggalakkan pengguna menggunakan gudang pemalam mereka tersendiri. Terkini, laman web pemalam Microsoft Edge telah dikemaskini dengan antaramuka baharu yang lebih mudah digunakan.

Perkara baru yang diperkenalkan adalah navigasi ke seluruh web yang lebih mudah, laman web utama memaparkan pemalam mengikut kategori di sisi kiri dengan pilihan pemalam yang dipilih oleh Microsoft. Turut kelihatan adalah pemalam yang tular, cara carian yang ditambah baik, informasi dan aksi yang lebih relevan turut diimplementasikan dalam setiap carian. Pengguna kurang upaya juga akan lebih mudah menggunakan laman web pemalam ini, kerana ia penuh dengan kemampuan yang baik seperti kontras tinggi dan sokongan alih suara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd