Carian
Intel RealSense D455 Mampu Mengesan Objek Dua Kali Ganda Lebih Jauh
June 17, 2020 Fahim Zahar

Intel RealSense adalah kamera dengan sensor kedalaman yang sudah lama wujud di pasaran. Ia menggunakan sensor LiDAR yang membolehkan fungsi realiti terimbuh, sekuriti imbasan wajah, dan banyak lagi. Kamera ini juga pernah diimplementasika pada komputer riba dan dron, untuk kawalan gestur dan juga navigasi yang lebih jitu.

Terkini, Intel telah hadir degan model baharu iaitu Intel Realsense D455. Melalui model ini, ia menjanjikan sokongan mengesan objek dua kali ganda lebih jauh dari sebelum ini. Ia juga telah dilaraskan untuk sesuai digunakan dalam dan di luar rumah. Luas pemandangan lensa juga tidak dikurangkan dan ia mempunyai jarak mengimbas 6 meter berbanding model D400 yang hanya mempunyai jarak separuh sahaja. Pengatup global turut terbina, sensor RGB dan mampu membuat konfigurasi sendiri melalui IMU apabila kamera ini dialihkan ke lokasi lain.

Terdapat banyak penggunaan boleh digunakan oleh kamera ini, salah satunya adalah implementasi ke dalam robot. Harga jualan Intel RealSense D455 adalah $240, iaitu sekitar RM1027.

Komen