Samsung Galaxy Note 20 Mungkin Hadir Dengan Paparan 60Hz

Samsung Galaxy Note 20 Mungkin Hadir Dengan Paparan 60Hz

Diterbitkan pada June 18, 2020 oleh .

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan Samsung dijangka memperkenalkan Samsung Galaxy Note 20 pada 5 Ogos kelak. Samsung dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model iaitu Samsung Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Note 20 Plus.

Terkini, muncul pula maklumat baru mendedahkan berkemungkinan besar bukan dua, tetapi tiga variasi akan diperkenalkan. Ia termasuklah Samsung Galaxy Note 20, Samsung Galaxy Note 20 Plus dan Samsung Galaxy S20 Ultra. Antara lain, ura-ura mengenai perincian paparannya juga turut kedengaran.

Memetik ciapan yang dikongsi oleh peniris terkemuka Ice Universe, model peranti Samsung ini mungkin hadir dengan skrin rata yang menyokong resolusi FHD+ dan kadar segar semula 60Hz sahaja. Selain itu, ia juga dijangka berkemungkinan besar memiliki saiz bezel yang agak tebal. Ini mungkin model paling asas Note tahun ini sama seperti S10e ialah model paling mampu milik S10 tahun lalu.

Pun begitu, boleh dikatakan desas-desus ini masih di peringkat ura-ura sahaja. Samsung dijangka memperkenalkan peranti ini sekitar Ogos kelak dan mereka juga muncul dengan Samsung Galaxy Fold 2 dan Samsung Galaxy Z Flip 5G pada acara yang sama.



TIPS & ULASAN