HOP Adalah Teknologi Skrin Samsung Untuk Peranti Berhubung – Pesaing Kepada LTPO Dari Apple

HOP Adalah Teknologi Skrin Samsung Untuk Peranti Berhubung – Pesaing Kepada LTPO Dari Apple

Diterbitkan pada June 18, 2020 oleh .

LTPO atau oksida polihabluran suhu-rendah adalah sejenis lapisan skrin OLED yang dihasilkan oleh Apple. Ia digunakan pada Apple Watch Series 4 dan 5. LTPO dihasilkan bagi menggantikan lapisan LTPS TFT yang digunakan pada LCD dan OLED, agar jimat menggunakan kuasa. LTPO secara tidak langsung adalah alternatif kepada IGZO TFT yang mana adalah murah dan LTPO adalah mahal. LTPO adalah satu lapisan skrin yang terbaik kerana ia sebenarnya adalah hibrid kepada LTPS dan IGZO.

Kada segar semula pada LTPO jiga adalah pintar yang mana, jika ada interaksi pada skrin – kadar segar semula menjadi tinggi. Manakala jika hanya untuk memaparkan sesuatu, kadar segar semula turun agar menjimatkan kuasa. Samsung baru-baru ini dilaporkan sedang menghasilkan HOP, iaitu alternatif kepada LTPO. HOP adalah oksida hibrid dan silikon polihabluran. Menggunakan teknologi yang mirip dengan LTPO, ia boleh menjimatkan penggunaan kuasa dari 15% – 20% – secara tidak langsung penggunaan bateri juga jimat.

Teknologi LTPO selama ini hanya digunakan pada peranti berhubung yang kecil, seperti jam tangan pintar. Tetapi HOP yang dihasilkan Samsung menyasarkan penggunaan pada pelbagai peranti berhubung termasuk telefon pintar. Menurut sumber, siri Galaxy Note baharu kelak adalah peranti pintar pertama yang akan menggunakan HOP. Disebabkan panel OLED pada iPhone masih dibekalkan oleh Samsung, ada kemungkinan besar iPhone baharu akan datang turut menggunakan panel OLED yang diintegrasikan dengan HOP.



TIPS & ULASAN