Untuk mengelakkan risiko akaun digodam, kami menyarankan anda untuk mengaktifkan sistem pengesahan dwi-faktor (2FA) pada kesemua akaun atas talian anda. Google sudah lama menyokong sistem 2FA dan menawarkan beberapa cara untuk mengesahkan identiti. Tetapi sejak awal minggu lalu, sistem ini akan dilalaikan ke pengesahan menerusi Google Prompt pada telefon pintar.
Google Prompt ialah sistem yang memerlukan pengguna menekan butang pengesahan identiti yang muncul pada skrin telefon pintar. Selama ini pengguna perlu memilih untuk menggunakan Google Prompt, kod sandaran, kod SMS atau menggunakan kunci sekuriti fizikal Bluetooth Titan. Hanya pengguna kunci sekuriti tidak akan terkesan dengan tetapan sekuriti baharu ini dan mereka boleh terus menggunakannya tanpa masalah.