Cari @ Amanz

Peranti baharu sepatutnya berfungsi lebih baik berbanding peranti yang telah berusia. Oleh sebab itu sebuah masalah yang setakat ini hanya dilaporkan oleh pengguna Apple MacBook Pro dan MacBook Air 2020 menyebabkan ramai pemilik merungut.

Apple MacBook AirMenurut laporan MacRumors, pengguna kedua-dua model terkini MacBook 2020 mendapati aksesori yang menggunakan format USB 2.0 bermasalah untuk berfungsi apabila disambungkan kepada hab penyesuai. Ia berlaku secara rawak dan menyebabkan aksesori yang disambungkan terputus-putus atau langsung tidak dikesan. Harus diingatkan MacBook 2020 hanya dilengkapi port USB-C dan penggunaan aksesori perlu dilakukan menerusi hub.

Pada awalnya ramai mengesyaki  ia disebabkan oleh penyesuai tetapi apabila ia digunakan pada model MacBook yang lain masalah tidak berlaku. Sekiranya aksesori USB 3.0 dan USB 3.1 disambungkan, tiada masalah dilaporkan. Sebab mengapa masalah berlaku masih lagi misteri pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd