Di Amanz adalah menjadi kelaziman untuk kami berubah ke telefon pintar baharu setiap minggu untuk diulas. Proses memindahkan data ke peranti baharu adalah menerusi sandaran akaun Google dengan kesemua aplikasi dipasang semula secara automatik. Tetapi setiap kali aplikasi baharu dibuka, kami perlu melog semula untuk sebelum ia boleh digunakan dan ini amatlah leceh.
Tetapi pada Android 11 kelak, masalah turun temurun ini akan diselesaikan menerusi ciri Block Store. Block Store menyimpan token log masuk untuk kesemua aplikasi yang digunakan pengguna. Apabila peranti baharu ditetapkan menggunakan sandaran awanan, aplikasi-aplikasi dapat digunakan tanpa perlu menerusi proses log masuk.
Berita baik di sini ialah Block Store turut akan disokong pada Android TV dan Android Auto.Ini ialah ciri yang sama seperti yang dinikmati pengguna iOS sekaligus mengurangkan satu ciri selama ini dilihat eksklusif oleh peminat Apple.