Carian
Siaran Liga Perdana Inggeris Di Astro Menggunakan Audio Dari Permainan FIFA
June 18, 2020 Effi Saharudin

Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali semula ke kaca TV malam semalam selepas ditangguhkan beberapa bulan akibat Covid-19. Seperti Bundesliga Jerman dan La Liga Sepanyol, EPL masih tidak membenarkan penonton hadir ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan mereka. Sebaliknya permainan dilangsungkan di dalam stadium kosong.

Tetapi ramai menyedari tanpa sorakan penyokong, pengalaman menonton perlawanan bola terasa cukup canggung sekali. Di Malaysia peminat EPL dapat menonton perlawanan bola menerusi saluran Astro dengan EA Sports Atmospheric Audio yang diambil terus dari permainan video popular FIFA Football. Ini ialah siri permainan bola sepak yang sudah dikeluarkan setiap tahun sejak 1993 lagi.

Seperti yang anda dapat dengar sendiri dari klip di atas, audio yang digunakan mempunyai sela masa beberapa saat sebelum sorakan menjaringkan gol dapat didengari. Penggunaan audio dari FIFA Football ini dapat dilakukan keran EA adalah pemegang lesen rasmi permainan video untuk EPL. Ini boleh dilihat sebagai kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Komen